Identiti Najwan sekali lagi disalah guna skim pelaburan
  • 7 hari lalu
BERITA SEMASA 21 APRIL 2024

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan, Mohd Najwan Halimi berharap ini kali terakhir identitinya digunakan sebagai akaun pelaburan pihak yang tidak bertanggungjawab di aplikasi media sosial, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.

Najwan berkata, beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut selepas kali kedua menjadi mangsa pihak menawarkan perkhidmatan skim pelaburan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/660633/edisi/selangor-kl/identiti-najwan-sekali-lagi-disalah-guna-skim-pelaburan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #skimpelaburan