KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
  • 13 hari lalu
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan

BERITA SEMASA 15 April 2024

Khairy Jamaluddin Abu Bakar menzahirkan rasa puas hati selepas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam bersetuju untuk memohon maaf dan membayar pampasan yang tidak didedahkan kepada bekas Menteri Kesihatan itu.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Hakim, Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan.

Khairy berkata demikian ketika ditemui di luar mahkamah selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin.

Bagaimanapun Datuk Lokman tidak hadir dan hanya diwakili peguamnya, Logen Eskander.

Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/659588/berita/semasa/kj-puas-hati-lokman-adam-minta-maaf-setuju-bayar-pampasan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #KhairyJamaluddin #SamanFitnah #BayarPampasan