450 lokasi Program Jualan Rahmah sepanjang Ramadan - Armizan
  • 2 bulan lalu
450 lokasi Program Jualan Rahmah sepanjang Ramadan - Armizan

BERITA SEMASA 10 MAC 2024

Sebanyak 450 lokasi Program Jualan Rahmah (PJR) Ramadan akan dilaksanakan di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan ini bagi memudahkan rakyat mendapatkan barangan makanan dan keperluan rumah yang lebih murah dengan potongan harga antara 10 hingga 30 peratus, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kementeriannya mengambil inisiatif memperluaskan program baharu itu di bawah agenda Payung Rahmah Madani melalui pelaksanaan PJR tersebut bermula pada 1 Ramadan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/653719/berita/nasional/450-lokasi-program-jualan-rahmah-sepanjang-ramadan---armizan

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #JualanRahmah #Ramadan