Jualan Rahmah diperluas ke kawasan pedalaman - Ahmad Maslan
  • 5 bulan lalu
Jualan Rahmah diperluas ke kawasan pedalaman - Ahmad Maslan

BERITA MOJO 19 NOVEMBER 2023

Jualan Rahmah perlu diadakan setiap minggu dengan diperluaskan di kawasan pedalaman bagi menangani isu kekurangan barangan keperluan di kawasan berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, masyarakat luar bandar menunggu Jualan Rahmah diadakan di kawasan mereka dan bukannya diadakan di kawasan pekan atau bandar sahaja.

Jelasnya, langkah tersebut memudahkan penduduk mendapatkan barang keperluan dengan lebih mudah tanpa perlu ke pekan atau bandar selain harganya juga lebih rendah.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/635361/Jualan-Rahmah-diperluas-ke-kawasan-pedalaman---Ahmad-Maslan

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini