'Dunia bola sepak hilang sebutir permata'
  • 3 bulan lalu
'Dunia bola sepak hilang sebutir permata'

BERITA SEMASA 8 FEBRUARI 2024

Negara kehilangan sebutir permata dalam arena bola sepak apabila legenda 'double treble' Mohd Azraai Khor Abdullah disahkan meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) Alor Setar, Kedah, pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Salah seorang anak didiknya, Raja Shahrul Amri Raja Azhar berkata, pemergian Mohd Azraai yang dikenalinya sejak hampir 10 tahun lepas amat memberi kesan kepada dirinya.

Menurutnya, Mohd Azraai bukan hanya seorang jurulatih, malah telah dianggap seperti bapanya sendiri apabila beliau bertanggungjawab mengembang kariernya sebagai jurulatih profesional.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/648629/berita/sukan/dunia-bola-sepak-hilang-sebutir-permata

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #AzraaiKhor #LegendaBolaSepak