Lans koperal didakwa rogol pelajar 17 tahun dalam kereta peronda polis

  • 5 bulan lalu
Lans koperal didakwa rogol pelajar 17 tahun dalam kereta peronda polis

BERITA SEMASA 17 JANUARI 2024

Seorang anggota polis berpangkat lans koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang pada Rabu, atas empat pertuduhan termasuk merogol seorang remaja perempuan warga Uzbekistan dalam kenderaan peronda polis, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Muhammad Fazrul Razzi Yunus, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Norshila Kamaruddin.

Mengikut semua pertuduhan, bapa kepada dua anak, didakwa merogol, bersetubuh luar tabii, melakukan hubungan seks dan amang seksual fizikal seorang remaja perempuan warga Uzbekistan, berusia 17 tahun 3 bulan, tanpa kerelaannya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/644871/berita/semasa/lans-koperal-didakwa-rogol-pelajar-warga-uzbekistan

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #rogolpelajarwargaasing