Bekas Datuk Bandar Johor Bahru didakwa terima rasuah RM1.55 juta

  • 24 hari lalu
Bekas Datuk Bandar Johor Bahru didakwa terima rasuah RM1.55 juta

BERITA SEMASA 2 JUN 2024

Bekas Datuk Bandar Johor Bahru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bharu pada Ahad atas 12 pertuduhan menerima rasuah bernilai RM1.55 juta antara 2020 hingga 2021.

Bagaimanapun, tertuduh Datuk Adib Azhari Daud, 64, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Siti Noraida Sulaiman.

Mengikut pertuduhan, Adib Azhari yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menerima rasuah dengan nilai antara RM10,000 hingga RM250,000 daripada dua individu melalui seorang pengantara.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667915/berita/semasa/bekas-datuk-bandar-johor-bahru-didakwa-terima-rasuah-rm155-juta

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Rasuah #Mahkamah