Tipu status Tanah Rizab Melayu, bekas pegawai PTG didakwa

  • 12 hari lalu
BERITA SEMASA 30 APRIL 2024

Seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas tuduhan menipu status Tanah Rizab Melayu seluas 649.2 hektar di Mukim Sitiawan, Manjung, 12 tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Tertuduh, Rosli Che Mohamed, 64, didakwa telah menipu Lembaga Tanah Ladang Negeri Perak iaitu dengan memperdaya lembaga tersebut untuk mempercayai bahawa tanah No. Hak Milik PN 174770-174772, No Lot PT 17527-17529, Mukim Sitiawan, Manjung Perak adalah bukan Tanah Rizab Melayu melalui Borang Pembetulan Data Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Perak bertarikh 25 Mac 2011.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662087/berita/semasa/tipu-status-tanah-rizab-melayu-bekas-pegawai-ptg-didakwa

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #TanahRizabMelayu #PegawaiPTG #RosliCheMohamed #Perak