Empat anggota polis didakwa terima rasuah lepas tahanan
  • 6 bulan lalu
Empat anggota polis didakwa terima rasuah lepas tahanan

BERITA MOJO 8 NOVEMBER 2023

Empat anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Seremban pada Rabu atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah bagi tujuan melepaskan tahanan, Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh Lans Koperal Mohamad Ikhwan Shafiq Mohammad, Koperal Muhammad Syahar Sansudin@ Samsudin, Lans Koperal Muhammad Adib Hanizin dan Koperal Muhammad Ruzaini Firdaus Ismail, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh dengan niat bersama telah secara rasuah meminta suapan wang tunai berjumlah RM3,000 dan menerima RM800 darıpada seorang perempuan berusia 37 tahun sebagai dorongan untuk melepaskan dua anak lelakinya daripada tahanan polis kerana disyaki melakukan kesalahan memiliki dadah jenis syabu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/633571/berita/semasa/4-anggota-polis-didakwa-terima-rasuah-lepas-tahanan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #MojoLive #Mojo #Polis #PDRM #Dadah #Rasuah
Disyorkan