'Satu suara tolak jenayah perang Israel' - Nurul Izzah
  • 6 bulan lalu
'Satu suara tolak jenayah perang Israel' - Nurul Izzah

MOJO LIVE 22 OKTOBER 2022

Himpunan Freedom For Palestine di Dataran Merdeka di sini pada Ahad, bukan sahaja mendapat sokongan daripada kaum Melayu, malah masyarakat Cina dan India turut sertai bersolidariti menentang kekejaman Israel, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.

Himpunan yang dihadiri ribuan peserta itu bermula kira-kira jam 10 pagi dengan laungan jeritan 'Palestin', 'Israel shame of you' selain kibaran bendera Palestin serta plakad yang mengecam tindakan kejam rejim Israel.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang turut hadir, menggesa rakyat negara ini untuk terus bersama dan bersatu suara menolak jenayah perang yang dilakukan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Menurutnya, apa yang berlaku hari ini anak kecil tidak berdosa di Palestin dibunuh.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/630778/berita/semasa/satu-suara-tolak-jenayah-perang-israel---nurul-izzah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Gaza #palestin