Nurul Izzah cuma bantu, bukan nak ambil projek: PM
  • tahun lalu
BULETIN TIKTOK 1 FEBRUARI 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal mempertahankan pelantikan anaknya Nurul Izzah sebagai penasihat kanannya dengan mengatakan ia tidak melibatkan nepotisme seperti yang didakwa.

Jelasnya, peranan Nurul Izzah hanya untuk membantu memastikan projek dan tender kerajaan dilakukan dengan teratur sahaja dan tak akan menyalahgunakan kuasa atau memperkayakan diri.

Datuk Seri Anwar dalam pada itu turut mempersoalkan pihak yang mengkritik pelantikan itu yang datangnya dari mereka yang tidak mengamalkan pentadbiran yang telus, malah memberikan kontrak dan tender bernilai jutaan ringgit kepada ahli keluarga.

Artikel: https://bit.ly/3JuN6ay

Muzik: Artlist.co

#BuletinTikTok #SinarHarian