Pas kuasai hampir 100 peratus pasaran masjid dan surau - Sanusi

  • 7 bulan lalu
BERITA SEMASA 22 OKTOBER 2023

Pas mendakwa sudah menguasai hampir 100 peratus pengundi bagi 'pasaran' masjid dan surau seluruh negara.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor berkata, Pas perlu melangkah keluar ke medan baharu, khususnya bagi 'pasaran' pengundi muda.

Menurutnya, pengundi muda perlu ditakluki demi perjalanan politik masa depan parti itu yang kini disifatkan sebagai 'king maker' dalam pilihanraya umum (PRU).