73.3 peratus pekerja formal terima gaji kurang RM5,000, 47 peratus bawah garis kemiskinan
  • 5 bulan lalu
BERITA SEMASA 30 NOVEMBER 2023

Sebanyak 73.3 peratus daripada 6.5 juta pekerja formal menerima gaji kurang daripada RM5,000 sebulan berdasarkan Laporan Statistik Upah Pekerja Untuk Sektor Formal pada suku pertama tahun ini.

Membentangkan Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, hampir 56 peratus pekerja turut menerima upah di bawah gaji kehidupan wajar iaitu RM3,047 sebulan, seperti yang disyor oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Manakala, 47 peratus menerima gaji di bawah pendapatan garis kemiskinan iaitu RM2,589 sebulan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan 2022.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen