40 peratus golongan kaya menikmati subsidi
  • 10 bulan lalu
BERITA SEMASA 12 JUN 2023

Sekurang-kurangnya 40 peratus daripada subsidi yang disalurkan kerajaan kepada orang miskin turut dinikmati oleh golongan kaya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak akan berganjak daripada pendirian untuk tidak meneruskan subsidi haji dan elektrik bagi golongan kaya dan berpendapatan tinggi (T20).

Beliau berkata demikian ketika sidang mesia selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada Isnin.