Tiada eBeliaRahmah untuk pelajar IPG - Ahmad Maslan

  • 11 bulan lalu
Tiada eBeliaRahmah untuk pelajar IPG - Ahmad Maslan

BERITA SEMASA 2 JULAI 2023

Pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak memperoleh inisiatif eBeliaRahmah kerana mereka telah menerima elaun sara hidup sebanyak RM450 sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dakwaan pelajar IPG dianaktirikan daripada menerima eBeliaRahmah tidak benar.

Tegasnya, ahli politik yang membuat tuduhan tersebut perlu menyemak fakta berhubung pelajar IPG telah mendapat elaun.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/266126/berita/nasional/pelajar-ipg-sudah-terima-elaun-sara-hidup---ahmad?fbclid=IwAR3Shb2Tv7ZxbuHQTg-gOs_WTSPOGED7KrGRiMmJZ0Kkt66vp7KCEImuOU8

#SinarHarian #BeritaSemasa