Tiga TPM bukan membazir: Ahmad Maslan
  • 2 tahun lalu
Tiga TPM bukan membazir: Ahmad Maslan

BERITA SEMASA 24 OKTOBER 2022

Jawatan Timbalan Perdana Menteri masing-masing dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang akan diwujudkan Barisan Nasional, disifatkan bukan suatu bentuk pembaziran, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jawatan tiga TPM itu adalah lebih baik berbanding membayar gaji dan elaun kepada empat Menteri Kanan yang dipraktikkan kerajaan campuran ketika ini.

Semalam media melaporkan jaminan melantik wakil dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung mengisi jawatan TPM itu akan dimasukkan dalam manifesto BN sebelum PRU15 nanti.

#BeritaSemasa #BN #Sabah #Sarawak #SinarHarian