Edar risalah kecam Presiden UMNO, cubaan pecah belah UMNO - Puad
  • 10 bulan lalu
BERITA SEMASA 10 JUN 2023

Senaskah risalah mengecam Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertajuk 'Bossku masih tidak mendapat keadilan... Apa guna UMNO berkuasa dan Datuk Seri Zahid jadi TPM' dikesan diselit pada kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, semalam.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi yakin, tindakan itu berkemungkinan dilakukan mereka yang digantung atau dipecat daripada parti itu.

Datuk Puad juga menyifatkan kandungan risalah itu sebagai tuduhan berat kepada Datuk Seri Ahmad Zahid yang didakwa tidak membela Najib.