Konspirasi pecah-belah Bersatu berkecai - Azmin Ali
  • 3 bulan lalu
Konspirasi pecah-belah Bersatu berkecai - Azmin Ali

BERITA SEMASA 30 JANUARI 2024

Konspirasi musuh dalam memecah-belahkan keutuhan Parti Bersatu gagal apabila Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) sebulat suara mendukung dan mempertahankan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Ahli MPT Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dalam Mesyuarat Khas MPT Bersatu pada Ahad juga, mengulangi ikrar dan tekad untuk meneruskan perjuangan demi umat dan negara.

Beliau berkata, mereka diasak oleh musuh kerana Bersatu dan PN adalah ancaman utama kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH)-UMNO yang rapuh dan menanti saat untuk rebah.

Tegasnya, Bersatu akan meneruskan agenda prihatin dan mengangkat suara rakyat, merasai segala denyutan nadi rakyat, pantas turun ke lapangan, bergerak sederap, bahu membahu demi rakyat dan negara.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/646994/berita/politik/konspirasi-pecah-belah-bersatu-berkecai---azmin-ali

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #AzminAli #Bersatu