DXN rancang tembusi pasaran di pelbagai rantau
  • 11 bulan lalu
Syarikat produk makanan kesihatan tambahan jualan langsung tempatan, DXN Holdings Bhd (DXN) merancang untuk menembusi lima pasaran baharu di peringkat global, dalam tempoh tiga hingga ke lima tahun. Pengerusi Eksekutif dan Pengasas DXN, Datuk Lim Siow Jin berkata, lima negara itu adalah Brazil, Argentina, Ghana, Niger dan Algeria.