Penutupan jalan Gua Musang-Kuala Lipis selesaikan masalah kesesakan
  • tahun lalu
Penutupan jalan Gua Musang-Kuala Lipis selesaikan masalah kesesakan

BERITA SEMASA 15 APRIL 2023

Penutupan jalan utama Gua Musang-Kuala Lipis bermula hari ini bertujuan menyelesaikan kesesakan trafik dan meningkatkan aspek keselamatan pengguna yang dijangka melimpah bermula 18 April ini, lapor wartawan Sinar Harian, Aswany Omar.

Perantau boleh melalui jalan alternatif yang dicadangkan iaitu Lebuhraya PLUS - Kuala Kangsar dan melalui FT004-Jeli -Tanah Merah- Pasir Mas dan Kota Bharu dengan jarak 581 kilometer(KM).

Alternatif kedua pula melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melalui Terengganu dengan jarak 549 KM dan Simpang Pulai - Jeli - Gua Musang - Kuala Krai - Kota Bharu dengan jarak 530 KM.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian