Guna LPT, Lebuh Raya Timur Barat elak sesak di Gua Musang
  • tahun lalu
BERITA SEMASA 7 APRIL 2023

Anak Kelantan ingin pulang menyambut Aidilfitri dinasihatkan menggunakan laluan Lebuh Raya Pantai Timur atau Lebuh Raya Timur Barat sebagai jalan alternatif untuk mengelak kesesakan yang dijangka berlaku di laluan Gua Musang.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya telah bersedia menghadapi pertambahan jumlah kenderaan dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum hari raya berikutan cuti hujung minggu dan cuti tambahan bagi sesi persekolahan.

Beliau berkata, sekiranya anak perantau gunakan kedua-dua laluan yang boleh diakses melalui Terengganu dan Perak itu, keadaan kesesakan lalu lintas di Gua Musang akan terkawal.

Datuk Muhamad Zaki tidak jangkakan berapa banyak kenderaan akan masuk, tetapi pastinya Aidilfitri kali ini lebih ramai akan pulang ke Kelantan.

Beliau mengulas susulan penutupan jalan bagi tujuan kerja-kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi Projek Lingkaran Tengah Utama pakej 3B dan 3C, IPD Gua Musang.
Justeru, pengguna jalan raya diharap bersabar semasa kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian