Azlan Man hadapi 5 tuduhan tuntutan palsu lebih RM1.18 juta

  • tahun lalu
BERITA SEMASA 10 APRIL 2023

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen, Kangar, pada Isnin terhadap lima tuduhan berkaitan tuntutan palsu lebih RM1.18 juta.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Datuk Seri Azlan hadir pada jam 8.15 pagi, diwakili peguam Burhanudeen Abdul Wahid, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib.