Tengku Mahkota Kelantan rasmi Kompleks Mahkamah Kota Bharu
  • tahun lalu
Tengku Mahkota Kelantan rasmi Kompleks Mahkamah Kota Bharu

BERITA SEMASA 14 MAC 2023

Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra berkenan mencemar duli merasmikan Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kelantan pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Baginda semasa bertitah merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Badan Kehakiman yang sentiasa cakna terhadap keperluan untuk menambah baik mahkamah di Kelantan.

Turut mencemar duli ialah Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson.

Artikel: https://bit.ly/3mKYl5v

#BeritaSemasa #SinarHarian