Pencarum nak pengeluaran KWSP bersasar, bukan suntikan RM500: Muhyiddin
  • tahun lalu
Pencarum nak pengeluaran KWSP bersasar, bukan suntikan RM500: Muhyiddin

BERITA SEMASA 6 MAC 2023

Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rakyat tidak meminta suntikan RM500 ke dalam akaun KWSP seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2023 lalu, sebaliknya rakyat mahu kerajaan meluluskan pengeluaran secara bersasar.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, jika perkara tersebut diluluskan, kerajaan boleh menyelamatkan RM1bilion dan boleh diberikan kepada kawasan-kawasan yang menghadapi banjir teruk ketika ini untuk membantu mereka yang terkesan.

Pengerusi Perikatan Nasional itu juga berkata, suntikan RM500 ke dalam akaun pencarum hanya indah khabar daripada rupa, walhal hakikatnya ia hanya memberi manfaat kepada segelintir pencarum berusia 40 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 sahaja.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #DewanRakyat