PM kekal pendirian tidak benarkan pengeluaran KWSP
  • tahun lalu
BERITA SEMASA 8 MEI

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ulangi pendiriannya untuk tidak benarkan satu lagi pengeluaran KWSP bagi pencarumnya.

Anwar berkata, meskipun perkara tersebut akan dijadikan sebagai polemik politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, namun wang pencarum mesti dijaga untuk kegunaan masa depan.

Beliau turut tegaskan tidak akan tunduk kepada sebarang gesaan daripada mana-mana pihak agar pengeluaran lain dibenarkan.