46,489 mangsa banjir dipindahkan, Johor paling tinggi

  • tahun lalu
Mangsa banjir di seluruh negara terus meningkat kepada lebih 46,000 orang setakat jam 12 tengah hari ini.

Menurut portal info bencana JKM, seramai 46,489 daripada 13,425 keluarga kini ditempatkan di 296 pusat pemindahan sementara (PPS).

Setakat ini, lima negeri terjejas banjir iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor.