Hujan tak henti, banjir di Johor makin buruk

  • tahun lalu
Hujan tak henti, banjir di Johor makin buruk

BERITA SEMASA 3 MAC 2023

Keadaan terkini bandar Kota Tinggi, Johor yang semakin teruk dilanda banjir susulan limpahan Sungai Johor dan hujan lebat, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat dengan daerah Segamat paling ramai iaitu 12,186 mangsa daripada 3,519 keluarga kini ditempatkan di 77 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan setakat jam 8 pagi, Jumaat.

Menurut laporan Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani, peningkatan disebabkan hujan berterusan sejak Khamis.

#BeritaSemasa #SinarHarian