Banjir di Kelantan bertambah buruk, cecah 15,478 mangsa
  • tahun lalu
Banjir di Kelantan bertambah buruk, cecah 15,478 mangsa

BERITA SEMASA 19 DISEMBER 2022

Keadaan banjir di Kelantan bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mencecah 15,478 orang pada Isnin, lapor Wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin.

Ia melibatkan 4,426 keluarga yang di tempatkan di 105 PPS seluruh negeri.

Jajahan yang paling teruk terjejas ialah Pasir Mas yang melibatkan 5,322 mangsa diikuti Kuala Krai (2,333), Tumpat (2,042), Pasir Puteh (1,478), Tanah Merah (1,333), Kota Bharu (1,293), Machang (870), Bachok (448) dan Jeli (360).


Artikel: https://bit.ly/3HH9uwG

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian
Disyorkan