Banjir: 187 sekolah sedia diaktifkan sebagai PPS di Johor
  • 5 bulan lalu
Banjir: 187 sekolah sedia diaktifkan sebagai PPS di Johor

BERITA MOJO 26 NOVEMBER 2023

Sebanyak 187 sekolah di negeri Johor akan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mangsa banjir pada fasa Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan depan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri, Norliza Noh berkata daerah Batu Pahat merekodkan jumlah sekolah berdaftar sebagai PPS tertinggi iaitu 73 buah.

Katanya, ia diikuti Segamat sebanyak 25 buah sekolah, Kluang (22), Muar (16), Tangkak (15), Kota Tinggi (12), Mersing (7), Pontian (6), Kulai (5), Johor Bahru (4) dan Pasir Gudang (2).

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #SinarTerkini #BeritaMojo