Banjir: Bomba selamatkan bayi dalam pantang ke PPS
  • tahun lalu
Banjir: Bomba selamatkan bayi dalam pantang ke PPS

BERITA SEMASA 20 DISEMBER 2022

Seorang bayi berusia 40 hari bersama tujuh ahli keluarga antara mangsa banjir yang diselamatkan pihak bomba selepas kediamannya di Kampung Pulau Rusa Hilir di Kuala Terengganu, dinaiki air pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Ketua BBP Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, pihak bomba mengambil masa kira-kira 45 minit bagi memindahkan keluarga terbabit ke PPS di SK Paloh.

Katanya, seramai enam anggota bomba yang ditugaskan berdepan cabaran arus deras sepanjang proses menyelamat kerana air sungai naik mendadak di kawasan berkenaan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian