Tahun Baharu Cina | Lama tidak balik kampung, stesen kereta api Beijing sesak
  • tahun lalu
Stesen kereta api barat Beijing sesak dengan jutaan penduduk yang memulakan perjalanan pulang ke kampung masing-masing sempena Tahun Baharu Cina.

Dikenali juga sebagai festival musim bunga - ini adalah cuti tahunan yang menyaksikan pergerakan keluar masuk paling besar di dunia.

Walaupun bimbang dengan peningkatan kes COVID-19, semangat menyambut Tahun Baharu Cina itu tetap diteruskan memandangkan sekatan COVID-19 yang mula dilonggarkan.