Padi tenggelam banjir, petani rugi RM1.4 juta
  • tahun lalu
Padi tenggelam banjir, petani rugi RM1.4 juta

BERITA SEMASA 4 JANUARI 2023

Banjir buruk yang melanda jajahan Pasir Puteh pada 18 Disember lalu menyebabkan petani di Mukim Merkang dan Nara mengalami kerugian RM1.4 juta nilai hasil tuaian padi, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Kemusnahan itu melibatkan tanaman padi seluas hampir 280 hektar yang diusahakan oleh 140 petani di kedua-dua kawasan berkenaan.

Wakil petani, Zulkifli Mat Nor berkata, banjir yang melanda baru-baru ini disifatkan luar biasa apabila limpahan air terlalu banyak sehingga kawasan petak sawah ditenggelami banjir sedalam 0.5 meter sekali gus hasil tanaman itu gagal diselamatkan.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3jPhQsc

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian