'Rumah saya RM1 juta sahaja, bukan RM7.8 juta' - Abang Sanusi
  • 9 bulan lalu
BERITA SEMASA 14 Julai 2023

Rumah banglo milik abang kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Kampung Batu Lapan di Sik, Kedah bernilai kira-kira RM1 juta bukannya RM7.8 juta seperti dakwaan sesetengah pihak.

Perkara itu disahkan sendiri pemilik, Shabudin Md Nor yang kini tinggal di sebuah rumah pusaka milik keluarga isteri, setelah bapa mentua meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Menurut Shabudin, mereka sekeluarga yang sebelum ini menetap di Sungai Petani, mengambil keputusan berpindah ke Sik bagi menemani ibu mertua.