Tanah runtuh: Pasukan bomba bawa naik dua mangsa terkorban

  • tahun lalu
Tanah runtuh: Pasukan bomba bawa naik dua mangsa terkorban

BERITA SEMASA 17 DISEMBER 2022

Rakaman video dron yang menunjukkan anggota bomba mengangkat mangsa ditemui terkorban dalam insiden tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor.

Dua lagi mayat ditemui dan dipercayai seorang dewasa dan seorang lagi kanak-kanak berjaya ditemui dan dibawa keluar dari lokasi tanah runtuh di Batang Kali menaiki kenderaan polis sekitar jam 1.40 petang.

Agensi Pengurusan Bencana Negara bagaimanapun mengeluarkan senarai enam nama mangsa meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di kejadian Tanah Runtuh Jalan Genting Highland - Batang Kali pada pagi Jumaat.

Lima daripadanya merupakan orang dewasa dengan kesemuanya merupakan perempuan manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun.

Setakat ini, 23 mangsa disahkan terkorban dan manakala 61 lagi berjaya diselamatkan dan 10 mangsa lagi masih dalam pencarian dalam kejadian yang dilapor membabitkan sejumlah 94 orang.

Muzik: Ran Raiten dari Artlist.co

#BeritaSemasa #SinarHarian