Tiada mangsa terselamat, 10 terkorban - TLDM

  • 19 hari lalu
Tiada mangsa terselamat, 10 terkorban - TLDM

BERITA SEMASA 23 APRIL 2024

Tiada mangsa dilaporkan terselamat dalam kejadian dua helikopter terhempas selepas bertembung ketika membuat raptai di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut pada Selasa.

TLDM dalam satu kenyataan mengesahkan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter FENNEC TLDM telah terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di
Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9.32 pagi tadi.

Insiden melibatkan seramai 10 orang iaitu masing-masing 7 kru HOM TLDM dan 3 kru Fennec TLDM.

Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/660928/berita/semasa/tiada-terselamat-10-terkorban-nahas-helikopter-tldm

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #NahasHelikopter #Tragedi #TLDM #Lumut #Helikopterterhempas