Suri rumah tanam padi dalam pasu

  • 24 hari lalu
Suri rumah tanam padi dalam pasu

BERITA SEMASA 2 JUN 2024

Hanya sekadar suka-suka, seorang suri rumah tidak menyangka percubaannya menanam padi dalam pasu di laman rumahnya di Taman Lavender Height, Seremban menjadi, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Bermula dengan satu pasu saja, kini Siti Aai Shah Rahman Shah, 33, mempunyai 50 pasu pokok padi sawah dan sembilan pasu padi huma.

Lebih menggembirakannya apabila padi tersebut kini sudah boleh dituai selepas empat bulan ditanam dan dalam proses untuk dijadikan beras.

Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/667753/edisi/melaka-ns/beli-benih-online-suri-rumah-tanam-padi-dalam-pasu

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Padi #beras #surirumah