Isteri Shahidan terkejut dipecat UMNO
  • tahun lalu
BERITA SEMASA 12 DISEMBER 2022

Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datin Seri Shamsiah Yassin mengakui terkejut dengan keputusan pemecatan keahliannya dalam parti atas alasan beliau mengiringi suaminya, Datuk Seri Shahidan Kassim yang merupakan calon Perikatan Nasional pada hari penamaan calon, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Hafiz Wan Mansor.

Datin Seri Shamsiah berkata, parti memutuskan tindakan berkenaan dengan menyatakan beliau terlibat secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Menurutnya, sepanjang tempoh kempen PRU15 beliau tidak dapat turun membantu calon BN dan hanya berada di rumah kerana semua akses sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian telahpun disekat oleh 'war room' parti berkenaan.

Artikel: https://bit.ly/3FKZ3H8

#BeritaSemasa #SinarHarian