BN nafi Mohamad Hasan TPM
  • tahun lalu
BN nafi Mohamad Hasan TPM

BERITA SEMASA 27 NOVEMBER 2022

BN menafikan kenyataan tular di media sosial yang menamakan Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri untuk gabungan parti berkenaan.

Kenyataan menggunakan kepala surat BN itu kononnya dikeluarkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan menyenaraikan empat Ahli Parlimen BN untuk pertimbangan dilantik dalam Kabinet.

Perkara itu dikongsikan oleh Datuk Seri Dr Zambry di Facabooknya dan turut membuat penafian tentang perkara tersebut.

https://bit.ly/3VwY566

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa