PRU15 | Prasarana tawar tambang percuma buat rakyat Malaysia
  • tahun lalu
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menawarkan tambang percuma pada Sabtu sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kesemua perkhidmatan di bawah kendaliannya.

Prasarana dalam kenyataan memaklumkan, tambang percuma itu meliputi perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Monorel, Transit Aliran Bas (BRT) atau bas henti-henti.
Disyorkan