Tawaran Prasarana | Tambang percuma kepada OKU selama sebulan sehingga 31 Sept
  • 2 tahun lalu
Operator perkhidmatan rel dan bas utama negara, Prasarana Malaysia Bhd menawarkan tambang percuma bagi perkhidmatan rel dan bas selama sebulan kepada orang kurang upaya (OKU) mulai 31 Ogos sehingga 30 September ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata tambang percuma sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 khusus kepada pemegang kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pemegang kad konsesi OKU MyRapid.