'Kenapa Anwar membisu isu dana RM400 juta Melayu kena potong?'
  • last year
Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu mempersoalkan mengapa Presiden PKR, Anwar Ibrahim berdiam diri mengenai isu peruntukan untuk Bumiputera yang dipotong ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

Ia susulan pendedahan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Azmin Ali baru-baru ini.

Azmin sebelum ini mendedahkan bahawa menteri kewangan daripada PH, Lim Guan Eng menyekat peruntukan RM400 juta untuk pembangunan ekonomi Bumiputera.