Jawatan Azmin Ali dalam Bersatu belum dibincangkan
  • 4 years ago
Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu hari ini menegaskan bahawa majlis kepemimpinan parti itu belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan Azmin Ali dalam parti itu.

Menurutnya, perkara itu tidak pernah dibincangkan dan apa juga perkara berkaitan parti akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti.