PRU15 | 90% pengundi muda sedia mengundi

  • 2 tahun lalu
Kajian Pas mendedahkan kira-kira 90 peratus pengundi muda berusia 18 hingga 25 tahun bersedia untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Namun menurut Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, daripada jumlah itu lebih 60 peratus didakwa hanya mahu mengundi tetapi tidak mahu terlibat dengan sebarang aktiviti kempen pilihan raya.