PRU15: 40 pengundi naik lori bomba mengundi
  • tahun lalu
PRU15: 40 pengundi naik lori bomba mengundi

BERITA SEMASA 19 NOVEMBER 2022

Seramai 40 pengundi Parlimen Pensiangan terpaksa menaiki lori bomba selepas jalan utama untuk ke Pusat Pengundian SK Rancangan Belia Tiolon, di Sook, Keningau, Sabah dinaiki air sehingga ke paras pinggang, lapor wartawan Sinar Harian Asyikin Asmin.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan berkata, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook dan Tenom terlibat dalam operasi mengambil serta menghantar pengundi yang terjejas untuk ke pusat pengundian berkenaan.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15