PRU15: 29 pusat mengundi awal di Terengganu

  • tahun lalu
PRU15: 29 pusat mengundi awal di Terengganu

BERITA SEMASA 15 NOVEMBER 2022

Sebanyak 29 pusat mengundi awal bagi PRU15 dibuka bermula jam 8 pagi di seluruh Terengganu pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Ketua Urusetia PRU15 Polis Kontinjen Terengganu, Superintendan Mohd Aluwi Husain berkata, jumlah itu melibatkan sebanyak empat pusat mengundi yang dibuka di Parlimen Besut, Setiu (tiga), Kuala Terengganu (enam), Marang (empat), Hulu Terengganu (empat), Dungun (empat) dan Kemaman (empat).

Sementara itu, tinjauan di pusat pengundian di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di Kuala Terengganu mendapati kebanyakan daripada pengundi mula hadir ke pusat berkenaan sebelum jam 8 pagi.

Hadir sama di pusat berkenaan, calon BN Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong kira-kira jam 8 pagi manakala calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad tiba di lokasi berkenaan jam 9 pagi sementara calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Ahmad Amzad Hashim tiba jam 9.30 pagi.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15