PRU15 | UTM sedia 43 bas hantar pulang 1,600 mengundi di kampung halaman

  • 2 tahun lalu
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyahut seruan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan menyediakan 43 buah bas bagi membawa pulang 1,600 pelajarnya untuk pulang mengundi di kampung halaman masing-masing.

Timbalan Naib Canselor (hal ehwal pelajar) UTM, Profesor Dr. Shamsul Sahibuddin, berkata inisiatif itu dibuat bagi memastikan para pelajar dapat melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15, 19 November ini.

Disyorkan