'Sampai kiamat Guan Eng tak akan kata saya menteri berjaya' - Hisham
  • 2 years ago
Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein menyangkal label yang diberikan oleh Pengerusi DAP Lim Guan Eng kepadanya sebagai menteri paling gagal dalam senarai sepuluh menteri yang 'gagal'.

Hishammuddin berkata demikian selepas lawatan kerja ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju, bersama Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Sebelum ini, Lim yang juga ahli parlimen Bagan berkata Hishammuddin mendahului senarai sepuluh menteri yang gagal berikutan skandal kapal tempur pesisir (LCS).