Barang Tiruan | KPDNHEP rampas beg tangan tiruan bernilai RM70,000

  • 2 tahun lalu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu merampas lebih 3,000 beg tangan wanita dan pakaian berjenama yang disyaki tiruan bernilai hampir RM70,000.

Menurut Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd Kia, kesemua rampasan itu hasil serbuan di tiga buah premis di Kuala Berang dan Kuala Terengganu pada Isnin.