KPDNHEP rampas barangan tiruan berjenama hampir RM100,000

  • 2 tahun lalu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu merampas pelbagai barangan tiruan berjenama bernilai hampir RM100,000.

Pengarah KPDNHEP Negeri Saharuddin Mohd Kia, berkata ia adalah rampasan terbesar tahun ini hasil serbuan serentak di tiga premis di Kuala Terengganu dan Marang selepas risikan selama sebulan.