KPDNHEP P.Pinang rampas barang tiruan berjenama bernilai RM66,000

  • 2 tahun lalu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang merampas pelbagai barangan berjenama tiruan yang dijual kepada pelancong asing di Pasar Malam Batu Feringghi.

Timbalan Pengarah yang juga Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Negeri, Chin Ching Chung berkata, rampasan dibuat dalam operasi yang dilakukan bersama Jabatan Imigresen.